close

Hotel

Hotel

“DINING WITH A VIEW” DI BERJAYA WATERFRONT HOTEL, JOHOR BAHRU

01-DiningWithAView-Menu

Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru bukan satu nama asing kepada orang ramai terutamanya peminat makanan; dan restoran-restoran seperti Salt ‘n’ Pepper dan Palm Bistro mungkin tidak memerlukan pengenalan lebih lanjut.

Dengan pelancaran promosi “Dining With A View” baru-baru ini, hotel ini telah meningkatkan pengalaman menjamu selera dengan sentuhan sederhana dan kreatif. Diterajui oleh Pengarah Operasi yang baru dilantik Mohan Raj, dan di bawah pengawasan lebih dari 18 tahun pengalaman – Chef Eksekutif Jamaluddin Sadikum (Chef Jamal) yang menyelia seluruh kakitangan dapur di hotel, pengunjung-pengunjung boleh mengharapkan satu perjalanan kulinari baru yang dihalusi persembahan makanan yang begitu menarik. Setiap hidangan dibuat dengan sentuhan yang unik.

Disediakan dengan menggabungkan secara harmoni dari citarasa Barat dan Asia, “Dining With A View” membuka jalan bagi Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru untuk memperkenalkan pengalaman EAT WELL yang mengetengahkan ilmu kulinari yang tinggi dari chef di samping makanan yang berkualiti, tetapi disampaikan dalam harga yang sangat berpatutan. Dengan matlamat murni untuk menawarkan pengalaman menjamu selera istimewa buat setiap pengunjung yang datang, Chef Jamal menggabungkan falsafah memasak tradisional elit Barat dan kesederhanaan masyarakat Asia untuk dipersembahkan di setiap meja tetamu yang berkunjung ke Palm Bistro.

“Hasrat kami adalah untuk membolehkan orang ramai mengingati kembali tentang intipati sebenar menjamu selera atau makan bersama. Akronim EAT (makan) meringkaskan hasrat ini – (Experience) Pengalaman, (Appreciation) Penghargaan & (Taste) Rasa: Pengalaman ketika makan, disamping menikmai suasana dan perkhidmatan yang baik; Menghargai saat-saat bersama orang tersayang – keluarga, sahabat, pasangan, kenalan perniagaan, melalui appresiasi terhadap makanan; dan akhirnya; untuk Merasa dan menikmati persembahan masakan yang hebat, dengan harga yang sangat berpatutan. Kami mahu mempromosi dan menggalakkan etos hidup dengan baik (Live Well) melalui aktiviti makan yang mudah, sederhana serta sedap; dan Berjaya Waterfront Hotel adalah pilihan tempat yang tepat dan sesuai, “kata Mohan Raj, Pengarah Operasi.

“Dining With A View” menyajikan resepi air tangan istimewa Chef Jamal dalam suasana makan yang menenangkan. Menu baru yang disediakan ini menawarkan pelbagai pilihan gourmet dari hidangan pembuka, hidangan utama hingga pencuci mulut.

Pengunjung akan memulakan perjalanan kulinari mereka dengan rasa tempatan yang tulen lagi inovatif melalui hidangan pembukaan Classic Highland Green, yang disediakan dan disajikan dengan ayam salai dan sayur-sayuran acar Asia, dan digemari oleh penduduk setempat dan juga warga asing.

Kemuncak kepada pengalaman makan di Palm Bistro ini adalah hidangan utama yang disyorkan Chef Jamal iaitu Oven Baked Lamb Rack. Disediakan dengan kentang manis yang dihancurkan, hidangan yang sangat sedap ini juga dilengkapi dengan sayur-sayuran bermentega, bunga halia dan jus kambing berperisa rosemary. Minat Chef Jamal dalam masakan Barat telah berkembang menerusi koleksi peribadi campuran Perancis, Itali dan Sepanyol yang inovatif dalam resipi beliau yang seimbang dan cukup harmoni.

Pengunjung-pengunjung juga boleh memilih Boneless Chicken Roll sebagai hidangan utama mereka jika mereka bukan penggemar masakan kambing. Ayam yang dihidangkan ini digulung dengan kombo trio bayam, cendawan dan keju, serta disajikan dengan tumis sayuran dan sos kopi espresso.

Pengakhiran kepada pengalaman “Dining With A View” ini menyajikan pencuci mulut Chocolate Brownies yang begitu popular, dengan aiskrim vanila dan sos caramel.

Sambil menikmati keseronokan makan malam, para pengunjung juga boleh menikmati lagu-lagu yang menenangkan dari Palm Lounge yang terletak bersebelahan dengan bistro ini. Elegan dan santai, Palm Bistro merupakan pilihan tempat yang tepat untuk dinikmati bersama rakan-rakan, ahli keluarga mahupun kenalan perniagaan.

“Dining With A View” ini boleh dinikmati setiap hari di Palm Bistro dari jam 6.30 malam hingga 10.00 malam, dan ditawarkan pada harga berpatutan RM88.00 seorang.

Untuk tempahan dan ketarangan lanjut, boleh hubungi 07-2219999 atau emel bwh.rsvn@berjayahotel.com.

read more
Hotel

Centara Pattaya Hotel miliki lokasi terbaik!

Centara Pattaya Hotel – Pool
Text by Rosamira Ahmad Razali | Thanks to Tourism Authority of Thailand (TAT)

Terletak di tengah bandar Pattaya dan berdekatan dengan pantai, Centara Pattaya Hotel adalah hotel baharu bertaraf 4 bintang yang menggabungkan keselesaan dengan pelbagai kemudahan yang menjadikan hotel ini cukup sempurna sebagai lokasi tempat penginapan bagi pasangan berkahwin, keluarga mahupun bersama rakan-rakan.

Memiliki sebanyak 152 bilik, setiap satu mempunyai rekaannya yang tersendiri dan menawarkan pelbagai keperluan mengikut kesesuaian penghuninya. Bukan itu sahaja, ruangan tamu yang dilengkapi ruang balkoni di setiap unit mempunyai keluasan dari 29 hingga 69 meter persegi. Selain itu, Wi-Fi percuma, TV plasma dan pemain DVD juga disediakan.

Di restoran Mix Bistro, selain makanan Thai terdapat sajian sarapan pagi ala Barat manakala di Ballroom yang terletak di tingkat 2 pula terdapat makanan India dan vegetarian yang diasingkan bagi memudahkan penghuni yang datang dari pelbagai agama dan negara. Kemudahan lain termasuklah bilik sauna, pusat kecergasan dan kolam renang berserta ‘pool bar’.

Yang menariknya, lokasi hotel ini bukan sahaja berdekatan pantai namun pusat membeli-belah dan restoran terkenal di Pattaya ada di sekitarnya. Oleh itu, perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke bandar turut disediakan khas buat penghuni hotel ini. Ia beroperasi pada setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 9 malam.

Jom menginap di Centara Pattaya Hotel jika anda ingin menghabiskan masa di pantai Pattaya yang indah atau membeli-belah di pekan Pattaya yang dikelilingi makanan yang lazat.

 

CENTARA PATTAYA HOTEL

A : 78/140 Moo 9, Tombol Nongprue, Banglamung, Chonburi 20150 Thailand

T : +66(0)38295999

W : www.centarahotelsresorts.com

 

read more
HotelOther Destinations

THE INAUGURAL FULLERTON CONCOURS D’ELEGANCE TO HEADLINE THE 90TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF THE FULLERTON BUILDING – HOME TO THE FULLERTON HOTEL SINGAPORE

Fullerton Concours d’Elegance KV (square)
Concours judging of vintage and classic cars from the region; gala events; charity drives with panoramic views; art exhibitions; live music performances and a feast
read more