close

Other Destinations

Other Destinations

Destinasi ‘Amazing’ di Thailand

DSC_0279
Teks oleh Rosamira Ahmad Razali | Terima Kasih Tourism Authority of Thailand (TAT)

Thailand… Apa yang anda bayangkan jika sebut sahaja mengenai negara ini? Pemandangan yang indah? Makanan yang lazat? Atau spa yang bertaraf dunia? Semua ini mungkin jawapan anda yang sudah terbiasa melancong ke Thailand. Namun, sejauh mana anda mengenali destinasi-destinasi ini?

Seni Bina Teragung di Pattaya

Siapa yang pernah ke The Sanctuary of Truth pastinya akan terkesima dengan seni bina tempat ini. Mana tidaknya begitu teliti seni halus ukiran tangan pada kayu cengalnya. Tambahan pula, bangunan ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Saya terfikir bagaimana agaknya manusia mampu membina bangunan sehebat ini.

Bangunan ini dibina berasaskan minat dan impian seorang jutawan Thai bernama Khun Lek Viriyaphant. Kebanyakan pelancong datangnya dari Indonesia, Singapura, Korea dan warga tempatan sendiri. Menurut tukang cerita, pelancong yang beragama Islam jarang-jarang memasuki bangunan yang mempunyai seni bina bermotifkan Hindu dan Buddha ini kerana disangkakan sebuah kuil.

Namun, isi bangunan yang juga dikenali sebagai Prasad Sut Ja-Tum sebenarnya hanya menceritakan falsafah mengenai kehidupan. Tatkala saya masuk ke dalam bangunan yang mempunyai ketinggian lebih 100 meter, saya rasakan tempat ini lebih mirip jika mahu dibandingkan dengan muzium kerana penuh dengan perkongsian maklumat.

Ruangan bangunan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu The Origin yang menceritakan tentang alam semesta, The Sun, Moon and Stars, Created Environment yang membolehkan anda melihat personaliti seseorang berdasarkan tarikh lahir, Bodhisattva pula menceritakan tentang pengorbanan manakala Parental Pure Love mengenai zuriat.

Mungkin ramai yang kurang tahu, kedudukan The Sanctuary of Truth di tepi laut memerlukan penjagaan yang rapi kerana mudah mengalami kerosakan. Tiupan angin yang membawa pasir dan garam selain suhu yang panas serta lembab akan mempercepatkan proses penghakisan pada mana-mana ukiran kayu. Maka, tidak hairanlah jika bangunan ini sentiasa dalam proses penyelenggaraan.

Walau bagaimanapun, usah khuatir kerana sebahagian besar pekerja termasuk tukang ukirnya sentiasa bersedia menggantikan kayu-kayu yang rosak dan memastikan bangunan ini dalam keadaan selamat. Ramai pengunjung yang mengambil kesempatan bergambar dihadapan The Sanctuary of Truth bersama topi keselamatan yang dibekalkan kononnya menyerupai seorang kontraktor yang sedang melawat ke tapak pembinaan.

Bukan itu sahaja, anda boleh melihat persembahan tarian kebudayaan dan seni mempertahankan diri yang menghiburkan di luar The Sanctuary of Truth malah, aktiviti menaiki gajah, kuda, ATV dan bot laju turut disediakan.

Gereja Tertua Thailand

Melihat gereja yang dikenali sebagai Cathedral of the Immaculate Conception ini sahaja mampu membuatkan anda terpegun kerana bangunan yang dibina sekitar tahun 1909 masih lagi berdiri megah seakan baru dibina.

Menurut tukang cerita, gereja ini dibina untuk penganut Katolik Vietnam sejak zaman peperangan. Sebelum tahun 1711, sebanyak 130 penganut Katolik yang bermigrasi dari Vietnam ke Thailand dan mereka inilah yang membangunkan komuniti penganut Katolik. Ketika itu, Thailand masih menggunakan nama Siam dibawah naugan Raja Tai Sra Ayudhaya.

Sama seperti dikebanyakan rumah ibadat, etika pemakaian anda untuk melawat ke gereja ini perlulah sopan. Yang menariknya, gereja ini tidak dibuka pada hari Sabtu sahaja tetapi ia dibuka pada setiap hari dan mengalu-alukan semua agama tanpa bayaran jika ingin melawat.

Ketika saya ke sini, gereja ini sedang sibuk melakukan persiapan majlis perkahwinan yang bakal dilakukan keesokkan harinya. Terasa rugi pula bila fikir akan terlepas peluang melihat sendiri majlis perkahwinan di Thailand.

Jika anda pernah memasuki gereja, anda pasti perasan kapasiti gereja ini yang agak besar. Bukan sahaja gereja tertua malah gereja ini juga terbesar di Thailand. Seni bina Gothiknya pula tidak dapat dinafikan menjadi daya tarikan gereja ini.

Di luar gereja pula terdapat pekan-pekan kecil yang boleh anda nikmati dengan berjalan kaki. Ada kedai batu ada kedai kayu. Kedai-kedai ini menjual pelbagai makanan tradisional mereka dengan harga yang cukup murah. Selain itu, jangan lupa bergambar bersama mural-mural yang ada disepanjang jalan.

Permata Tersembunyi di Chanthaburi

Tanyalah sesiapa sahaja di Thailand mengenai lokasi batu permata yang murah pastinya mereka akan menyebut Chanthaburi. Seharian di Chanthaburi, saya sempat melihat sendiri lapangan pencarian batu-batu permata ini yang diusahakan oleh keluarga kecil di kawasan luar bandar.

Lapangan ini betul-betul terletak dibelakang rumah mereka yang kelihatan tua dan menjadi sumber pendapatan mereka. Kerja-kerja pencarian ini tidaklah semudah yang disangka kerana mereka tidak mempunyai teknologi canggih kerana mengusahakannya sendiri. Kerja dilakukan secara manual dan memakan masa yang sangat lama.

Disebabkan hasil mendapatkan batu-batu ini tidak menentu, mereka membuka lapangan ini kepada pelancong yang ingin melihat sendiri dengan bayaran yang murah, 100 baht seorang. Saya rasanya ianya sangat berbaloi kerana anda masih boleh melihat batu-batu permata yang masih disimpan oleh mereka.

Setelah memahami kerja-kerja pencarian batu permata, saya terpanggil untuk ke Talad Ploy iaitu pasar terkenal yang menjalankan urusan jual beli batu-batu permata di Jalan Si Chan. Jalan ini dianggap salah satu pusat perniagaan yang paling sibuk kerana terdapat lebih dari 120 emas, permata dan kedai batu berharga yang berkumpul bersama. Boleh dikatakan jalan ini hab terbesar di Thailand untuk perdagangan batu-batu permata.

Sampai sahaja ke sini, saya melihat orang ramai sudah berada lebih awal daripada saya. Ada yang sedang beratur sambil memegang uncangan, ada yang sedang menelefon, ada yang sedang berunding soal harga, ada yang sedang menimbang, ada yang sedang menekan-nekan kalkulator dan bermacam lagi. Antara batu permata yang ada di sini termasuklah nilam hijau, topaz, delima bintang dan nilam biru.

read more
HotelOther Destinations

THE INAUGURAL FULLERTON CONCOURS D’ELEGANCE TO HEADLINE THE 90TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF THE FULLERTON BUILDING – HOME TO THE FULLERTON HOTEL SINGAPORE

Fullerton Concours d’Elegance KV (square)
Concours judging of vintage and classic cars from the region; gala events; charity drives with panoramic views; art exhibitions; live music performances and a feast
read more
DestinationsOther Destinations

THINGS TO DO IN GRAMPIANS 2017

VV – Mount Sturgeon, Grampians National Park V- courtesy of Visit Melbourne

More than 400 million years ago, in the place we know as Western Victoria, the earth rose up to form the mountains the Kooris called Gariwerd, which we now call the Grampians. Over the years, wind, rain and water have carved fantastic shapes in the Grampians ancient stone, creating the steep craggy slopes and rock formations that thrust majestically upwards.

From some of the best rock-climbing in Australia, to walking tracks, wildlife, lookouts, waterfalls set against rugged landscapes as well as gourmet food and wine, there is something for every kind of visitor to the Grampians.

There are plenty of attractions and things to do while in Grampians. Just to name a few:

Grampians Peaks Trail

The Grampians Peak Trail is a world-class, long-distance walking trail, enabling hikers to enjoy the best of the Grampians National Park. The first stage of the 144 kilometre long trail is now open and covers some of the Grampians most loved features. It is a 33 kilometre loop walk and can be completed over three days and two nights.

www.grampianspeakstrail.com.au

Pinnacle Lookout

The most famous peak in the Grampians National Park, Pinnacle Lookout boasts spectacular views through the valley of the National Park. It is formed of irregular and fascinating rock formations for which the Grampians region is so well known.

http://parkweb.vic.gov.au/visit/natural-wonders/the-pinnacle-in-the-grampians-you-can-do-it

The Pinnacle, Grampians National Park

Mackenzie Falls

Mackenzie Falls flows year round and is one of Victoria’s largest and most spectacular waterfalls. Fast flowing water cascades over huge cliffs into a deep pool and sending fine sprays of rainbow mist high into the air above a stunning gorge.

http://parkweb.vic.gov.au/explore/parks/grampians-national-park/things-to-do/mackenzie-falls

Brambuk Aboriginal Cultural Centre

Visitors can learn about the Grampians’ Aboriginal culture and history at Brambuk Aboriginal Cultural Central. Surrounded by dramatic mountain views, spectacular waterfalls, wildflowers, the centre houses a Bushfoods café and a Gariwerd Dreaming Theatre. Brambuk also operates Aboriginal culture tours showcasing the area’s famed rock art.

http://www.brambuk.com.au/

Royal Mail Hotel 

The Royal Mail Hotel offers luxury accommodation set in extensive Australian gardens, with stunning views of the Southern Grampians Ranges. With their vast of wine collection, it has been privately curated over the past 40 years and is regularly awarded internationally. The menu in the dining room features the highest quality, locally sourced produce and it changes with the seasons.

http://www.royalmail.com.au

Best’s Great Western

Get a taste for the best at one of Australia’s oldest continually family owned and operated wineries with a reputation for producing exceptional Shiraz. It is known to have some of the oldest vines in Australia and produces extraordinary wines with great longevity. The Stables Cellar Door is a great place to taste the wines before experiencing the original underground cellar on their self-guided tour. Best’s Great Western is located in the township of Great Western and it is an absolute must for any wine fancier.

http://www.bestswines.com/

Hamilton Gallery

A local treasure for over 50 years, Hamilton Gallery presents a range of exhibitions, programs and events that stimulate understanding, awareness and enjoyment of the visual arts. The gallery’s collection includes works by some of the greatest European, Asian and Australian masters. Silver, porcelain and glass from the beginning of the 18th century onward, Asian ceramics from the major dynasties, European and Australian prints, 18th century landscapes, Australian oil paintings and watercolours and fine international and Australian examples of 20th century decorative arts combine to form a collection of over 8000 items.

http://www.hamiltongallery.org/

Inhale the air up there in the Grampians and be dazzled by the diverse natural attractions and their history. Experience the walking tracks, wildlife, lookouts and waterfalls in the breathtaking landscape. Savour local wines at cellar doors and relax at restaurants with stunning views. Take in extraordinary art, old and new, in galleries indoors and out. There will always be something for everyone in Grampians that would be worth the trip.

read more