close
News

AirAsia rai perkhidmatan penerbangan baharu ke Ipoh

Photo+1

Penerbangan pertama AirAsia dari Johor Bahru ke Ipoh tiba pada hari ini, menandakan destinasi baharu dalam rangkaian meluas syarikat penerbangan tersebut.

Penerbangan AirAsia AK6082, yang dikendalikan dengan Airbus A320 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 7:30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada jam 8:40 pagi. Para tetamu di dalam penerbangan sulung tersebut turut disambut oleh Menteri Besar Perak YAB Tuan Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu, Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Abu Bakar bin Haji Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri YB Tan Kar Hing, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Raja Azmi Raja Nazuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Zuraida Md Taib, Pengarah Tourism Malaysia Negeri Perak Mohd Roslan Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Group Berhad Dato’ Aziz Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat.

Menteri Besar Perak YAB Tuan Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, “Kerajaan negeri dengar besar hati mengalu-alukan kedatangan pelawat baharu ke Perak dan saya ingin memuji usaha AirAsia dalam melancarkan laluan ini. Kami yakin bahawa perkhidmatan penerbangan terus empat kali seminggu ini akan terus meningkatkan jumlah pelawat ke negeri ini dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Pada masa akan datang, kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Tindakan Pelancongan Perak (PTAC). Antara tugas pertama PTAC adalah untuk mewujudkan pelan induk untuk memacu sektor pelancongan negeri. Ini termasuklah penjenamaan semula sektor pelancongan negeri, termasuk Ipoh, untuk menarik lebih ramai pengunjung domestik dan antarabangsa. Kami yakin AirAsia akan memainkan peranannya sebagai rakan strategik kami untuk mempromosikan Perak dengan lebih jauh lagi.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami berbesar hati untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan terus ke Ipoh, sebuah destinasi yang dinantikan di dalam rangkaian laluan kami. Pelancaran laluan ini adalah bukti usaha berterusan kami untuk menawarkan lebih banyak laluan domestik. Kami telah memperluaskan rangkaian kami secara agresif dari hab Johor Bahru untuk menawarkan para tetamu kami peluang untuk terbang terus ke bandar yang penuh tarikan ini. Selain perkhidmatan dari Johor Bahru ke Ipoh, kami juga telah memulakan penerbangan terus dari Johor Bahru ke Alor Setar pada hari ini dan kami yakin kedua-duanya akan menjadi destinasi popular untuk percutian dan perniagaan.”

Ipoh adalah laluan domestik AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) ke-17 dan merupakan laluan ke-16 dari hab Johor Bahru. Selain Ipoh, AirAsia juga terbang dari Johor Bahru – Bangkok, Jakarta, Surabaya, Bandar Ho Chi Minh, Guangzhou, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Sibu, Kota Kinabalu, Tawau dan Alor Setar.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Tags : AirAsiaIpoh
munzir

The author munzir

Leave a Response