close
2

Sebanyak lebih 65 kereta klasik telah dipamerkan di Pameran Kereta Klasik Diraja Langkawi sekali gus menarik ramai peminat kereta klasik dari seluruh dunia ke Langkawi bersempena acara tersebut. Antara tarikan utama pameran tersebut kali ini adalah sebuah model BMW yang jarang ditemui milik Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dan kereta Pontiac Star Chief 1959, milik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Sultan Sallehuddin di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri yang mana kenderaan itu dipertandingkan untuk mengintai gelaran Piala Langkawi dan Anugerah Pilihan Sultan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Azizan Noordin yang berucap pada upacara perasmian berkata tahun ini juga menyaksikan penyertaan sebuah van Volkswagen Kombi T2 1978 yang telah menjelajah 20 negara di dua benua, meliputi perjalanan sejauh 45,000km.

Selain itu terdapat juga sebuah kereta Ford Capri 1300 GT 1971 yang telah dipandu dari Malaysia ke Sri Lanka pada 2015.

Sementara itu satu Pameran Kucing Diraja Langkawi juga diadakan buat kali pertama tahun ini bersempena pameran kereta klasik itu dan Azizan berkata acara ini merupakan usaha berterusan LADA untuk menarik lebih banyak pelancong ke Pulau Langkawi.

Tags : LADAPameran Kereta Klasik Diraja Langkawi 2018
munzir

The author munzir

Leave a Response