close
WhatsApp Image 2018-07-05 at 6.11.51 PM

69 produk-produk berkualiti tinggi yang berpotensi menonjolkan keunggulan kehidupan pintar.

Taiwan Excellence, sebagai simbol kualiti yang mengiktirafkan produk-produk berinovasi keluaran Taiwan telah turut mengambil bahagian dalam Pameran Seni Bina, Hiasan Dalaman Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (ARCHIDEX) yang berlangsung pada 4 – 7, Julai. Pavilion Taiwan Excellence berjaya menghimpunkan seramai 25 pengeluar Taiwan dan mempamerkan 69 jenis produk-produk unggul termasuk pelbagai penyelesaian yang berkaitan dengan kehidupan pintar, bandar pintar berkualiti tinggi sekali gus meningkatkan imej pengeluaran Taiwan di samping menerokai peluang perdagangan di Malaysia.

Taiwan Excellence adalah pensijilan rasmi Taiwan untuk produk yang telah lulus dan mematuhi standard tinggi dalam penyelidikan & pembangunan (R & D), reka bentuk, kualiti, pemasaran dan aspek inovasi dan kreativiti yang lain. Simbol berprestij ini telah wujud selama 26 tahun sejak 1992. Taiwan Excellence menampilkan tema “PINTAR” dalam ARCHIDEX tahun ini. Tiga kategori produk utama yang dipamerkan di Pavilion Taiwan Excellence merangkumi ‘Pembinaan’, ‘Pejabat’, dan ‘Kelengkapan Rumah’. Antara inovasi-inovasi hebat yang mencerminkan aliran kehidupan pintar termasuklah siri produk tenaga air tanpa sumber elektrik dan jimat air yang dikeluarkan oleh Buder; rekaan Amobile yang merupakan model pertama di dunia iaitu Pembantu Penyeliaan Bimbit (Mobile Inspection Assistant) yang berasaskan integrasi imej haba dan tekan-untuk-cakap (thermal imaging and push-to-talk); dan pili pengesan tenaga air (hydropower sensor faucet) yang dikeluarkan oleh Caesar.

Wakil Pejabat Ekonomi dan Budaya Taipei di Malaysia, Yang Berbahagia James Chang Chi-ping menegaskan bahawa, selaras dengan perkembangan barangan pintar berasaskan Internet (Internet-of Things) masa kini, Kehidupan Pintar telah menjadi suatu fenomena yang tidak dapat dielakkan. Memandangkan Taiwan memainkan peranan yang amat penting dalam sektor informasi dan komunikasi di seluruh dunia sementara memiliki pengeluaran produk-produk dan pelbagai penyelesaian unggul yang lumayan, penyertaan Taiwan Excellence dalam acara pemasaran dan promosi seperti ARCHIDEX sememangnya memberi manfaat kepada peniaga-peniaga Malaysia khasnya dari aspek inovasi Taiwan.

Menurut Encik Foo Chek Lee, Pengerusi Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (Master Builders Association Malaysia, MBAM), kerajaan Malaysia mengambil inisiatif proaktif dalam hal pembangunan Bandar Pintar, antaranya dari segi pembinaan infrastruktur sehingga aplikasinya sekali gus mewujudkan banyak peluang perdagangan kepada kontraktor-kontraktor tempatan. Walaupun konsep Rumah Pintar (Smart Home) telah lama diperkenalkan di Malaysia, namun usaha yang berterusan, perlaksanaan dan tindakan yang lebih intensif diperlukan untuk menjadikan konsep tersebut sebagai teknologi utama. Beliau turut menjelaskan bahawa pencapaian Taiwan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk serta keupayaannya dalam inovasi produk adalah amat membangggakan. Sekiranya kedua-dua buah negara ini berpeluang bekerjasama menerokai dan memperkembangkan teknik aplikasi intelektual, maka kadar perkembangan potensi Malaysia pasti akan dapat dipertingkatkan lagi.

Kehidupan Pintar. Tumpuan Terkini

Bagi menarik minat dan memperkenalkan teknologi pintar Taiwan kepada peniaga-peniaga Malaysia, Pavilion Taiwan Excellence menganjurkan forum bertajuk “Kehidupan Pintar Bersama Taiwan Excellence” pada 5 Julai. Empat syarikat teknologi pintar jenama terkemuka dari Taiwan, termasuk D-Link, TUMÄ, Ardomus, dan SoftChef, dijemput untuk berkongsi pandangan serta kepakaran masing-masing dalam kehidupan pintar.

Forum tersebut turut menarik kehadiran perwakilan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia, agensi-agensi harta tanah, kontraktor-kontraktor sistem pembinaan, institut pengajian tinggi tempatan dan sebagainya. Menurut salah seorang kontraktor sistem perumahan tempatan, Malaysia telah merancang untuk membina dan mewujudkan penggunaan Internet serta Kehidupan Pintar. Walau bagaimanapun, teknik untuk mengintegrasikan nilai tambah perkhidmatan sistem masih berada di peringkat awal. Manakala, Taiwan pula dilihat cemerlang dalam sektor informasi dan komunikasi. Pencapaian mereka dalam inovasi teknologi pintar, keupayaan mereka untuk mengintegrasi sistem serta model perdagangan yang kukuh dan canggih pasti akan membantu Malaysia dalam usaha memperkembangkan Kehidupan Pintar.

 

(From Left to Right)
1. Ms. Maggie Chen, Senior Manager, Sales & Marketing Division of Amble Action Sdn Bhd (Trenscend Distributor)
2. En. Noor Azhar Zainal, Senior Assistant Director, Enforcement Division City Services Department, Putrajaya Corporation
3. H.E. Mr. Chang, James Chi-Ping, Representative of Taipei Economic & Cultural Office in Malaysia
4. Ms. Tasha Hsiao, Director of Taiwan Trade Center, Kuala Lumpur
5. Mr. Tony Tan, Product Manager, Marketing Division of Amble Action Sdn Bhd (Trenscend Distributor)

Bergerak Pintar dengan Taiwan Excellence

Semasa Sidang Media ‘Malaysia Pendukung Taiwan Excellence’ yang berlangsung pada 5 Julai, Amber Chia peragawati dan model terkenal Malaysia telah tampil mempersembahkan beberapa produk kehidupan pintar Taiwan Excellent seperti dispenser air kawalan sentuhan, lampu kawalan telefon bimbit, penyedut ajaib dan lain-lain produk pintar.

Selain itu, Transcend dari Taiwan menaja 18 buah kamera badan (Body Cam) kepada Perbadanan Putrajaya dengan kehadiran Duta Besar James Chang Chi-ping yang menyaksikan majlis rasmi tersebut. Produk pintar kamera badan tersebut yang dilengkapi dengan Wi-Fi dalaman dan fungsi rakaman video merupakan kelengkapan pengawalan keselamatan yang penting. James Chang menjelaskan bahawa jalinan mesra di antara Taiwan Excellence dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, membuktikan jalinan hubungan kerjasama pada masa kini dan akan datang.

 

 

Yang Bahagia Datuk Haji Azizi bin Ahmad Termizi, Naib Pengerusi, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya (PPj) berasa kagum dan memuji produk Body Cam yang dicipta oleh Taiwan dengan penggunaan fungsi-fungsi menarik produk tersebut. Kemudahan rekabentuk dan kehebatan fungsi Body Cam dikatakan dapat meningkatkan keberkesanan dan ketepatan rekod pegawai-pegawai yang bertugas terutamanya di bahagian penguatkuasaan. Produk ini menurutnya dapat mengelakkan dan mengurangkan salah faham dan masalah komunikasi.

ARCHIDEX yang telah masuk kali ke 19 tahun ini merupakan pameran seni bina dan bahan bangunan yang paling berpengaruh bukan sahaja di Malaysia malah di rantau ini. Pameran ini disertai oleh pempamer-pempamer tempatan dan antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, Switzerland, Austria, Korea Selatan, Taiwan dan 12 negara yang lain. ARCHIDEX 2018 yang berlangsung selama 4 hari ini dijangka akan menarik kehadiran lebih 36,500 pengunjung tempatan dan antarabangsa. ‘Pavilion Taiwan Excellence’ akan bertapak di Dewan 9 (Banquet Hall), Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Tags : ARCHIDEX 2018Taiwan Excellence
munzir

The author munzir

Leave a Response