close
Royale Signature Hotel Night Scene

Royale Signature Hotel terletak di tengah-tengah Alor Setar, Kedah dengan 271 bilik yang serba lengkap menjadikannya pilihan yang sesuai untuk para pelancong. Reka bentuk moden dan ringkas serta berfungsi sebagai ruang kerja ataupun ruang bersantai dengan kelengkapan internet berkelajuan tinggi Wi-Fi yang percuma menambahkan kesempurnaannya. Hotel ini hanya 15 minit jika anda memandu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Halim dan 8 minit dari stesen kereta api utama berkelajuan tinggi (ETS) dan 5 minit dari stesen bas.

Setiap bilik di Royale Signature Hotel berkonsepkan moden dan elegan yang terdiri daripada Studio Suite, Deluxe Keluarga, Super Deluxe, Deluxe, Superior dan Standard dengan menghadap Bandar Alor Setar dan Sungai Kedah. Ia dilengkapi dengan katil dan perhiasan yang mewah daripada perabot kayu bersama kemudahan lain seperti TV skrin LED 42 inci, ruang kerja dan akhbar harian di atas permintaan.

 

Di tingkat mezanin pula ada menawarkan lapan unit kedai dengan pelbagai jenis jenama tempatan dan antarabangsa untuk memenuhi kehendak setiap pengunjung ke sini. Selain itu, bagi penjagaan kesihatan fizikal serta mental, pengunjung boleh singgah ke Royale Thai Spa. Keharmonian dan keseimbangan badan, minda dan semangat dalam suasana unik yang penuh dengan budaya Thailand.

Nikmati hidangan tempatan dan antarabangsa yang disediakan di Café 78 dan Restoran Rod Dee Thai. Dapur terbuka di tingkat bawah yang mampu memuatkan sebanyak 150 tetamu ini turut menghidangkan masakan Thai asli.

Bukan itu sahaja, LOUIS XVI – Bar Lounge Rooftop Sky di tingkat 6 dan 7 merupakan bar yang terletak di atas bumbung yang akan mempersembahkan mainan muzik secara langsung, lantai tarian dan persembahan pentas dengan pancaran skrin LED gergasi. Menggabungkan fusion dan canapes.

Hiburan tidak terhenti di situ dengan adanya Royale Signature Karaoke yang menawarkan lapan bilik biasa dan dua bilik VIP dengan kemudahan multilingual dari segi bahasa di skrin yang disediakan.

Tarikan sekitar

Muzium Padi – Didedikasikan untuk industri padi Kedah. Muzium ini mempamerkan proses penanaman padi di Kedah dan maklumat lain mengenai padi. Anda juga boleh melihat lukisan 360 darjah yang menggambarkan musim padi.

Menara Alor Star – Bangunan tertinggi di bandar raya ini di mana anda boleh melihat keseluruhan Bandar Alor Star.

Pekan Rabu – Sebuah kompleks membeli-belah yang dipenuhi dengan produk tradisional dan makanan tempatan yang kini terletak di Ukir Mall.

Masjid Zahir – Salah satu masjid paling terkenal di Malaysia yang kaya dengan sejarah dan seni bina yang indah. Bangunan ini direka berdasarkan reka bentuk masjid-masjid yang ada di Turki dan Iran.

 Royale Signature Hotel                                        

No. 78, Jalan Lumpur,

05100 Alor Setar,

Kedah Darul Aman

T : 04-7357878

W : www.royalesignaturehotel.com

Tags : Alor SetarKedahRoyale Signature Hotel
munzir

The author munzir

Leave a Response