close
Centara Pattaya Hotel – Pool
Text by Rosamira Ahmad Razali | Thanks to Tourism Authority of Thailand (TAT)

Terletak di tengah bandar Pattaya dan berdekatan dengan pantai, Centara Pattaya Hotel adalah hotel baharu bertaraf 4 bintang yang menggabungkan keselesaan dengan pelbagai kemudahan yang menjadikan hotel ini cukup sempurna sebagai lokasi tempat penginapan bagi pasangan berkahwin, keluarga mahupun bersama rakan-rakan.

Memiliki sebanyak 152 bilik, setiap satu mempunyai rekaannya yang tersendiri dan menawarkan pelbagai keperluan mengikut kesesuaian penghuninya. Bukan itu sahaja, ruangan tamu yang dilengkapi ruang balkoni di setiap unit mempunyai keluasan dari 29 hingga 69 meter persegi. Selain itu, Wi-Fi percuma, TV plasma dan pemain DVD juga disediakan.

Di restoran Mix Bistro, selain makanan Thai terdapat sajian sarapan pagi ala Barat manakala di Ballroom yang terletak di tingkat 2 pula terdapat makanan India dan vegetarian yang diasingkan bagi memudahkan penghuni yang datang dari pelbagai agama dan negara. Kemudahan lain termasuklah bilik sauna, pusat kecergasan dan kolam renang berserta ‘pool bar’.

Yang menariknya, lokasi hotel ini bukan sahaja berdekatan pantai namun pusat membeli-belah dan restoran terkenal di Pattaya ada di sekitarnya. Oleh itu, perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke bandar turut disediakan khas buat penghuni hotel ini. Ia beroperasi pada setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 9 malam.

Jom menginap di Centara Pattaya Hotel jika anda ingin menghabiskan masa di pantai Pattaya yang indah atau membeli-belah di pekan Pattaya yang dikelilingi makanan yang lazat.

 

CENTARA PATTAYA HOTEL

A : 78/140 Moo 9, Tombol Nongprue, Banglamung, Chonburi 20150 Thailand

T : +66(0)38295999

W : www.centarahotelsresorts.com

 

Tags : Centara Pattaya HotelthailandTourism Authority of Thailand
munzir

The author munzir

Leave a Response