Produk yang diberi nama Daebak itu merupakan hasil usaha sama dengan syarikat penyedia makanan terkemuka di Korea Selatan, Shinsegae Food berikutan syarikat ber­kenaan mempunyai kepakaran dalam pembuatan bahan perasa.

Ianya dijual dalam bentuk peket dan cawan dengan dua perisa iaitu kimchi serta ayam pedas pada harga RM4.00 dan RM4.60.