close
19800858_1631102236922165_5071920978724208867_o

Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan Visit Pahang Century Ride 2017 (VIPCR17) dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini menerusi acara sukan berbasikal.

Dato’ Hj Edros Yahaya, Pengarah Pejabat Pelancongan Negeri Pahang

Acara ini sebelumnya dikenali sebagai Kuantan Century Ride 160 (KCR), namun ditukar kepada VIPCR17 bersempena Tahun Melawat Pahang 2017 pada tahun ini. VIPCR17 masih lagi mengekalkan konsep KCR iaitu kayuhan santai dengan melalui beberapa kawasan pelancongan menarik di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Maran melibatkan perjalanan sejauh 167 kilometer. Antara kawasan pelancongan menarik yang bakal dilalui adalah seperti penempatan Orang Asli, pesisir Sungai Pahang, Pusat Rekreasi Che Minah Sayang, Bandar Back To Nature Maran dan tidak ketinggalan Bukit Gambang Resort City.

Kesemua laluan ini merupakan kawasan pelancongan eko, agro dan alam semulajdi yang nyaman dan seronok dinikmati melalui kayuhan santai.

Bersesuaian dengan penganjuran acara dalam bulan Syawal, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri akan juga diadakana dengan peserta dihidangkan pelbagai juadah istimewa di satu daripada lima hentian yang ditetapkan. Lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara telah menyertai kayuhan kali ini

Tags : century ridecyclinghogohpahangvipcr2017
munzir

The author munzir

Leave a Response