close
discoverputrajaya

Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Majalah Santai Travel membawakan seramai 40 wakil media utama dari negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Perancis untuk memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman mencuba produk pelancongan Putrajaya.

Dengan menaiki bas nadi Putra, yang menawarkan pakej Sightseeing in Putrajaya pada kadar RM20.00, para peserta berpeluang menikmati keindahan Putrajaya melalui bas dan berhenti mengambil gambar di lokasi hotspot seperti Dataran Putra, Jambatan Wawasan dan PICC.

Program ekplorasi Putrajaya melalui Travelogue Escape@Putrajaya bermula dengan menikmati variati makanan tempatan di Medan Selera Presint 9, diikuti dengan lawatan ke Marina Putrajaya yang menyediakan fasiliti terbaik untuk pengunjung beriadah. Cruise Tasik Putrajaya seterusnya memberi peluang peserta menikmati suasana malam dan keindahan senibina Putrajaya dari tasik Putrajaya.

Aktiviti hari ke 2 travelog diteruskan aktiviti air di Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland Putrajaya, mengenal herba dan warisan komuditi Malaysia di Taman Warisan Pertanian, mencuba sukan ekstrem di Taman Cabaran Putrajaya dan berjinak dengan kuda di Taman Equestrian Putrajaya. Tidak lengkap rasanya, ekplorasi Putrajaya kalau tidak ke Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang menawarkan lokasi buffet makan tengahari yang enak dan pelbagai pilihan.

Tags : putrajayatravelogue
munzir

The author munzir

Leave a Response